Aug 31, 2010

.::LAST HUPDATE::.

asslamualaikum n gud monin summe...

haip...pe khabar?sehat x?harap2 sehat ye sume dlm ari medeke nih...sekejap je da 31Ogos kan?kejap sgt dah...sebenarnye saye pn x tau nk cite ape kt sini...mlm td lpas medeka,perot rase lapo semacam jerk...cafe kt kolej saye ni plak x bukak2 da 2 ari dah...aduiyaiii...terpakse la belari kedlm kampus...cari mknn kt sane...dgr cite cafe kk2 pn x bukak jgk...abes sume budak2 lari masuk kt kolej kk1 cari mknn...ape nye pengurusan daaa...time2 pose ni la bukak smpai sahur kalo siang x bukak...x kn la medeka pn nk cuti gak...agak2 arr...mati kebulur lak bdk2 UMP nnti...cian diorg...xpe la...asalkan saye dpt cari makanan mlm td pn da setle dah...hehehe...

ramai giler budak2 kt cafe kk1 mlm td...mane x nye...dorg pn lapo gak lepas dtg program sambutan medeka mlm td...saye kne dtg mlm td jgk...tp x dpt dtg sbb kepala sakit sgt2...kene ujan mase ujan lebat kot...(alasan x nk pegi pn ade jgk...)sebelom tu ujan lebat giler...ujan lebat abes air nek masuk kt cafe kk1 tuh...abes banjir...huhuhu...

nk djadikan cite la kt cafe kk1 mlm td an...di sebabkan ramai manusia kt cafe kk1 mlm td,ade yg x dpt2 mknn yg da diorder awl2 lg...saye yg dtg lewat pn dpt mknn awal...saye x mkn nasik...makn kuey tiow kungfu...x besh sgt pn...sbb die ganti kuey tiow ngn mee kuning.....weeeekkkkkk....rase nk terkeluar balik jerk...saye ni x minat mkn mee kuning nih...mkn tu ade la sikit2...terpakse la mkn abeskn mknn tu...da byr an...nk x nk, kne sumbat jgk...knyg jgk la...eh...berbalik pade cite td la kn,sian jgk kt bdk2 yg xdpt2 mknn awl tuh...dr saye order smpai la saye abesh mkn, xdpt2 lg...ciannye...hrp2 korg dpt la mknn tu ye...tgk muke pn tgh tahan lapo je tuh...hihihihi...

ok la...cite last hupdate utk bulan ogos ni...kalo saye rajin,saye hupdate la lg ye...sori x dpt selitkn gambar wt mase nih...HP da corrupt...xde da 3.2MP lg wt mase skang....tata sume~~

p\s : tajuk menggempakkn je...hahahaha...

Aug 30, 2010

.::KAWEN MASA BELAJAR LAGI::.


mcm bes je tgk gmbor ni kn......

TERSEBUTLA KISAHHHHHH......
(bace sampai abes lorrr....
)

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai… Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa. Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat.

Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat. Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina.

ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat. Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk. Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along. Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti.

Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada.

Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah.

Sekarang pilihan di tangan kita… Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).

Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa. along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah.

Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini. Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul. along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah.

InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam. Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka. Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka.

Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti. Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.


p\s : pe pendapat sume ni ek??perlukah.....??? ::::: sebenarnye da kongsi kt facebook jgk article nih...saje je memenuhkan blog saye nih.... ^__^

Aug 28, 2010

.::WEEK PENUH BERMASALAH::.


asssalamualaikum...
hai semua sekali lagi...

jumpe lagi dalam blog saye nih...(da mcm program memasak lak...)hahahaha...dah2...merepek jer...actually, saye pos blog ni sebab nak cerita la masalah minggu ni kat semua orang...nak kate masalah ni, xde la besar sangat... sahe je wt kecoh kat blog ni...tetiba da makin rajin lak nak sentiase hupdate blog nih...xtau la kenapa makin rajin...sebab da xde keje len da kot...padahal melambak-lambak keje yang sedang menunggu tuh...hahahaha...



actually...actually lagi...tukar bahasa la...sebenarnye...nak bagi tau yang saye mengalami masalah mental...eehh...xla...gurau je..mintak di jauhkan la...huhuhu...masalah yang pertama dihadapi oleh saya minggu ni adalah masalah pada handphone mahal saye...da tak berfungsi dah...bulan ni genap da setahun die berkhidmat untuk saye...sedey sgt2 bile tau x boleh nk berfungsi...tapi belom g anta operation lagi...da anta nanti ok la...haaaa...kan saye cakap tadi...masalah xde la besar...saje je kecoh kt blog nih...hahahaha...



handphone tu tibe-tibe mengalami masalah masa saye nak restart...(da mcm PC plak nk restart2 an...)sbb nak restart, saye x dpt nk bukak contact kt phone tu...sebelom tu ade jgk kua pekataan pelik2 kat handphone tu, cth nye pekataan "e-bar"...sume nama jadi mcm tu...mmg pelik...pastu, tetibe lak kua pekataan-pekataan cino...haiyaaa...lagi pelik wooo...bile plak la saye ni set kn phone tu dlm bahasa cina...bace pn x reti...huhuhu...da makin pelik tu la saye restart...maksudnye,off kn phone tu dulu, pastu baru on balik....biel on balik, asik2 kua gamba sony-ericsson jerk...adeh...mmg problem la...xdpt nak wat pe lagi...sayu je tgk handphone tu mcm tu...xpe la..maybe da tibe mase kene hanta kt klinik@hospital utk di operate kan...sedey kan...handphone kesygn da nazak...huhuhu..

ni la handphone ku yg bermasalah tuh...huhuhu...

masalah kedua plak, masalah PC...ni masalah yg saye hadapai pada monitor PC...x nak plak die on2...da 2 ari da...nak kate power x cukup, da try da tarok kt soket lain...xmoh idop2 jgk...ntah la...masalah datang menimpe-nimpe...huhuhuhu...tp sebelom ni ade jgk jd mcm ni...tapi da ok dah...maybe da lame x operate jgk PC saye tu kowt...maklumla, da ada NETBOOK...hehehe...tu je la masalah yang kite hadapi...(mcm banyak bile bace tajuk tu...)2 masalah je kowt...leh je setle kan...jz nk kongsi bersama2 kwn2 sume....hehehe...


ni la netbook ku yg agak slow...khas utk wt keje2...

anyway....thanks ye membace blog saye nih...len kali lalu n bace la...k??jumpe lagi di post yg akan datang...insyaAllah...

tata~~~~

.::INIKAH KITA DIHADAPAN ALLAH??::.

"Ustaz, saya kerap tak khusyu' dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT"

"Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham" Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat kepada saya.

Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman.

Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin ‘straight forward' boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa :

وكان الإنسان أكثر شيئ جدلا
Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT )

Cubaan Saya Menjawab

"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" Tanya saya.

"Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya" jawabnya dengan yakin.

"Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi.

"sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan...mungkin budak tu peluk je harimau tu" sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.

"tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?"

"mestilah ustaz.." balasnya.

"anta minat durian tak?" saya bertanya.

"uii suka sangat tu, favorite saya" tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian

"macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?"

"tak la ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap..susu je yang dia tahu sedap" jawabnya.

Itulah Jawapan

Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT...

"Macam mana tu ustaz" berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya.

Begini..

Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.

Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut !. Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu.

Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً
Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"

Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Ia tidak lain, tidak bukan..kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.

Justeru, bilakah kita ingin menaikkan ilmu kita ke paras ilmu orang dewasa apabila berhadapan Allah SWT?

Kita kerap bersifat orang dewasa dengan menjaga segala macam pergerakkan, protokol dan segala adab bila berhadapan dengan inidividu berpangkat di dunia. Apakah kerana kita beriILMU dan YAKIN bahawa rezeki kita di pegang oleh orang sebegini?.

Benar, Islam amat menggalakkan menghormati orang lebih tua serta ketua kita. Masalahnya bukan disitu; tetapi ilmu, keyakinan dan hormat kita yang sepatutnya diserlahkan apabila berhadapan dengan Allah SWT kelihatan diserap hebat oleh penghuni dunia dan isinya, sehingga yang berbaki untuk Allah SWT adalah sisa-sisa perasaan hati sahaja.

Padahal, seluruh milik mereka adalah sementara dan semua kita adalah amat amat lemah.

Cita-cita mendewasakan iman dan ilmu terhadap Allah SWT ini tidak akan dapat sama sekali dicapai dengan perangai malas membaca dan menghadiri kuliah agama.

Konsert dan akademi di banjiri, web melalaikan ditumpui tetapi kuliah dijauhi. Inikah inidividu yang mendakwa ingin berada di syurga Allah bersama para Nabi dan menikmati nikmat yang tiada tamanya..

Inikah usaha kita untuk memperolehi nikmat berpanjangan akhirat?.

Inikah kita?

Inikah kita bila berhadapan dengan hukuman larangan Allah dari dosa riba yang maha besar serta seluruh larangan Islam yang lain..masih ingin berdebat walaupun sedar, ia hanyalah untuk menegakkan benang basah dan meneruskan bisnes diri.

p\s : Ya Allah...Sesungguh nye, aku adalah hamba Mu yang lemah....Astaghfirullah.....

Aug 27, 2010

.::FOR THE REST OF MY LIFE::.


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009




p\s : for MY FUTURE wife...sape la ek agak2 nye...da boleh agak da ke??hohohoho...

Aug 18, 2010

.::LAME SANGAT DAH::.

assalamualaikum n salam ramadhan

hai sume...pe khabar???sehat x??sume org da bising sebab saya da lame x update blog nih...actually saye ni mls nk taip or nk menulis...maklumla...org yg paling susah nk menulis n membace mcm saye nih...hehehehe...tibe2 rase nk menulis kt blog ni n ade idea nk menulis laju2, saye tulis la...saye menaip la...kalo xde mcm ni la jd nye...x berusik...ngehehehe...

pic yg xde kaitan...hahaha...


sebenarnye, ade niat untuk menulis n menhupdate blog ni sbb kebelakangan ni banyak sgt saye mmbace yg bukan2...(selalunye bab bola la)hehehe...lg 1 saye byk bz la lately ni...mcm2 yg saye kene wt...saye join mcm2 mende...(suprise an)hehehehe...beberape week yg lpas kene join program...sbnrnye nyebok je ngn program tu...xde kaitan...eh....ade kaitan la sikit...tp xde la byk mane...haaa....kn da berbelit2....hahahaha...4 minggu yg lpas g program kt ESSET,BANGI...program yg dinamakan KONVENSYEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA 2010...gempak an program ni...mcm la saye ni MPP...hahahaha...sekretariat je sbnrnye...tp bagusla dpt join wlaupun x keseluruhan sbb 2 mlm tido kt umah...mlm sabtu ngn mlm ahad...yg sempat join majlis perasmian ngn majlis penutup konvensyen je...hahaha...xpe la...kire ok la tu dpt join an...dr x dpt join...dpt jumpe menteri lg tuh...hehehe...



lg 3 week yg lpas nye program...menjelajah ke 5 universiti...under MPP jgk...UIA,UPM,KUIM,UTeM...lg 1 U x sempat pegi iaitu UTM atas sebab2 yg tertentu...hehehehe...kitorg bergerak dari UMP tgh ari jumaat...smpai kt UIA jam 3 lebih...nk dekat pukul 4 la...pastu berbuke kt tgh jalan nk gerak ke UPM...smpai2 UPM jam 8mlm...teros ade meeting ngn MPP sane...actually tiap2 U kitorg pusing mesti ade meeting...perbincangn sebenarnye...membincangkn isu2 terkini di dlm kampus dan di luar kampus...cewaaahh...da mcm pemberite je...hehehehe...tido 1 mlm kt UPM...mmg x sempat nk balik umah la...pg2 pas suboh nk kene gerak g selatan plak...x nk la susah kn sape2 nk kene anto balik ke UPM pg2 bute an...ok...pastu kitorg smpai kt KUIM jam 11pg...berbual kami di sana smpai jam 1 ptg...pastu teros ke kediaman kami untuk tido 1 mlm...KLEBANG RESORT...syok gak tmpt tu,wlaupn bilek agak sempit...ngeehehehe...xpe la...janji leh tido an...pukul 3.30 kitorg kene gerak ke UTeM lak...men kayak wooo...sonok siot ngn dak2 UTeM kt sane...mcm2 diorg lyn kitorg...utk pic lebih lanjut ade kt facebook...hehehehe...tu la cite spanjang ade kt selatan tanah air...abes je kitorg checkout kt resort tu,kitorg gerak dr melaka jam 12.30 ngah ari...kitorg bergerak ke umah DATO'NC plak utk berbuke bersame2 ngn dato' dan sekeluarge...menu plak...BBQ...abes sekeliling umah dato' bau BBQ....hehehehe...syok2...knyng giler...hehehehe...

ok la kwn2...cukup la smpai di sini saje coretan saye...ade kerajinan n keideaan saye utk meghupdate blog,saye wt la ye...jumpe lagi sume...tata~~


Jun 13, 2010

.::AKU BERUSAHA::.

"....1 ari nnti pasti akan terjadi......"
AKU BERUSAHA
dan cube yg terdaya...

AKU BERUSAHA
gado ngn sume org kt dlm umah ni nk dapatkan kete pg2....

AKU BERUSAHA
dan aku bersungguh2...
aku xdapat lelapkan mata sampai pukul 5 pg...

AKU BERUSAHA
bgn pg solat subuh, aku tak sambung tido...

AKU BERUSAHA
tahan mata ni untuk tidak terlelap takut terlepas jam 8 lebih untuk aku bertolak dari umah...

kepala aku sakit...maybe terlelap dlm 30 minit...dr 7.15 - 7.45....
sdar2 aku teros capai tuala mandi....mandi teros la...janji tetap janji...
siap mandi lebih kurang jam 8 lebih,aku bergegas turun...
tgk2 kt luar kerete xde dah....
ke dapor tnye mama,"ABANG BWK KETE KE G TRAINING?"
"X LA, %$&*& YG BWK", mama balas....

hampe,musnah,tension,panas,rase nk mngamok....mcm2 rase ade la...
smlm bek nye plan....skali pg ni mmg ilang sume...
dok tunggu la 30 minit kot2 ade balik ke x kan...jln mundar mandir....
nek bilek teros tido....mmg sakit kpala yg teramat...

xpe la...skuang2 nye
AKU BERUSAHA..
tp maybe usaha aku x kuat lg....
cube lg len kali ye....terima kasih....

p\s :- harap2 dapat curik kete 1 ari nnti...xde la org nk gune kete kite....