Feb 23, 2011

.::HATI KU BETUL-BETUL KECEWA::.

tajuk untuk post kali ni, memang sangat-sangat kecewa... tak tau nak cakap apa... tapi aku redha dengan apa yang terjadi... perghhh... ayat... nak touching2 je... hahahaha... dah-dah la metepek tuh... hailaaaa...

ok2... back pada ayat yang kecewa tu... memang aku sangat kecewa bila dapat berita yang mengatakan KAPTEN FANTASTIK kita STEVEN GERRARD, tidak dapat pulih sepenuhnya menjelang aksi pada pagi jumaat ini ketika pasukan kesayangan kita ni, akan menunggu kehadiran dari pasukan SPARTA PRAHA untuk perlawanan ke-2 EUROPA LEAGUE... mengikut sumber-sumber yang dipercayai, walaupun menyatakan STEVIE G telah pulih, tetapiKING KENNY tidak akan sesekali menjudikan nasib pemain kesayangan kita ini...

KING KERNNY mengatakan kepada laman web rasmi kelab: "STEVEN hampir pulih sedia kala tetapi adakah ianya akan tepat pada masa atau tidak kita masih harus melihat dan meneliti, tapi kami tidak akan membawa seseorang pemain yang masih belum bersedia...

"Sekiranya banyak perlawanan STEVEN akan bermain dan kami akan gembira untuk memiliki dia, saya fikir kita harus berfikir lebih panjang dari satu permainan tetapi jika dia fit dan baik, dia akan datang bermain untuk dipertimbangan seperti semua orang yang lain.

.:: Kapten Fantastik!!! ::.

"DANIEL AGGER sama seperti MARTIN SKRTEL mendapat rehat pada minggu lalu [di pusingan liga yang pertama menentang Sparta], MARTIN KELLY juga mendapat rehat, jadi saya fikir kita harus konsisten dalam pendekatan untuk hal-hal seperti ini dan jika ada keraguan dan masalah sekalipun, jika kita boleh bermain tanpa Steven maka kita akan melakukannya...DANIEL sudah ok sekarang, jadi dia mungkin boleh dipertimbangkan untuk bermain .. "

.:: the power of shooting ::.

.:: ganas tak tatu die tu ::.

.:: pemain muda terbaik pada abad ini ::.

Sementara itu, DALGLISH menegaskan rekod pembelian yang termahal di LIVERPOOL,ANDY CARROLL masih sedang dipertimbangkan untuk tindakan yang selanjutnya tetapi beliau pulih lebih cepat dari jadual dalam pemulihan dari kecederaan peha. "Dia telah melakukan segalanya yang telah diharapkan darinya sampailah saat ini," kata SCOT. "Pakar perubatan dan diri kita di bahagian bola sepak sangat gembira dengan kemajuannya... Dia masih mempunyai sedikit sahaja lagi untuk dipertimbangkan pada perlawanan yang akan datang, tapi dia mungkin sedikit lebih awal dari jadual yang telah ditetapkan untuk kembali pulih..." YNWA!!!!

.:: bile ko nak main ni CARROLL ::.

p\s : Jangan lupa perlawanan MALAYSIA vs PAKISTAN malam ini di stadium Shah Alam... tak pat tengok pasang channel Astro Arena... ^__^

Feb 22, 2011

.::MCAM NI LA BARU HERO SEJATI!!!::.

Luis Suarez mengucapkan ucapan perpisahan yang beremosi kepada pemain Ajax dan para penyokong mereka pada hari Ahad yang lepas.

Pemain baru The Reds bernombor 7 ini adalah tetamu khas pada perlawanan Liga Eredivise di Godenzonen ketika Ajax bertemu VVV Venlo di mana rakan sepasukan lamanya membuat satu penghormatan serta menepuk tangan ditujukan khas kepada dia sebelum perlawanan berlangsung.

Pemain antarabangsa Uruguay ini juga telah dihiburkan dengan montaj yang di sediakan khas untuk dia semasa bermain untuk Ajax dan dipaparkan pada skrin besar di stadium. Ajax juga mengucapkan 'You'll Never Walk Alone' kepada dia.

Tuan rumah kemudian memenangi perlawanan itu dengan jaringan 1-0 dan Suarez dilihat pergi bersama-sama dengan pemain Ajax selepas perlawanan untuk mengucapkan selamat tinggal terakhirnya.

Bercakap dalam akaun Twitter rasmi nya, @ luis16suarez pada pagi Isnin, ia berkata: "Semalam adalah hari yang tak tidak boleh dilupakan oleh saya dan hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua selepas bersama bertahun-tahun yang begitu indah dengan semua Terima kasih Ajax ..!"


.:: salam beb... kite berjumpe lagi ::.

.:: thanks suarez (dalam bahasa belanda) ::.

.:: temuduga ke temuramah?? ::.

.:: bayangkan ni kepala t@#$%s ::.

.:: YNWA!!! ::.


macam ni la baru dikatakan pemain bola sepak yang sejati... YNWA SUAREZ!!!!

Feb 21, 2011

.::KUYT OH KUYT::.

DIRK KUYT telah memberitahu bahawa keinginannya untuk melanjutkan tinggal di LIVERPOOL akan dilanjutkan.

Penyerang Belanda atau lebih dikenali dengan MR.ENERGIZER telah menjelaskan bahawa dia boleh melihat masa depannya di MERSEYSIDE dan sangat-sangat seronok dengan kemajuan yang telah dibuat di bawah Pengurus, KING KENNY.

.:: hehehe...aku tak macam t@#%^s laa ::.

KUYT berkata: "Kontrak saya mempunyai satu musim lagi untuk tamat selepas ini tetapi apa-apa hal boleh terjadi. Kami telah mempunyai beberapa perbincangan dan saya hanya boleh mengatakan terlihat positif ."

"Saya merasakan berada di rumah di LIVERPOOL ini dan saya tidak mahu pergi dari sini."

.:: nak charge battery jap ::.

"Ianya adalah menjadi saat-saat yang sukar bagi semua orang di kelab ini dengan banyak perubahan yang telah berlaku sejak musim panas lalu tetapi sekarang saya dapat merasakan sesuatu yang baik berlaku - saya merasakan LIVERPOOL sedang dalam perjalanan untuk kembali kepada kejayaan."

YNWA!!!

.:: aksi bersama LUIS SUAREZ ::.

Feb 20, 2011

.::BETUL KAH!!!???::.

haizzz...semua tengah sebuk dengan perlawanan2 liga bola sepak, kita pulak sebuk dengan pencarian pemain-pemain baru...tak kurang dengan pemain kita yang diminati oleh pasukan lain seperti pemain muda atau pemain reserve kita ini, NATHAN ECCLESTON...

tapi yang aku terkejutnye kan, rival merseyside kite, everton plak yg nak kan die...david moyes bercadang nak beli die...NE39(nama timangan kat twitter) ni da la player yang bagus...walaupun susuk badan sangat kecil, tapi larian dengan kekentalan die sangat2 la bagus...sayang kalau player ini dijual...tahun ni dia penah 2 kali bermain di EUROPA LEAGUE...tapi jarang bermain di BPL...

harap-harap KING KENNY tau ape yang perlu dilakukan...mudah-mudahan player macam ECCLESTON ni boleh di "develop" dengan lebih terperinci lagi...


.:: ini lah dia ECCLESTON ::.


.:: bek jual player nih... lemah longlai...harap skill je bagus... ::.

.:: follow twitter die yup ::.

Feb 19, 2011

.::WAAAAAHAAAA!!!::.

giler ar tajuk post kali ni...macam2 aku letak kan???hahahaha...bukan ape...bile idea nak post pasal THE REDS ni, aku mmg teruja sikit...ade je idea2 yg kua dari kepala hotak nih...lagi pun, banyak source yang bleh dipercayai...hehehe...

ok2...kali ni nye post aku nak tunjukkan sape budak baru atau lebih dikenali wonderkid THE REDS, RAHEEM STERLING!!!mesti ade yang tak kenal kan???maklumla budak hingusan lagi...baru 16 tahun...kalo kat MALAYSIA nih, tak amek SPM lagi beb...hahaha...tapi gaye, corak permainan die sangat menarik perhatian semua orang termasuk la KING KENNY ngnCOMOLLI...mase name die tersembur kuar waktu die buat 5gol dalam 9 jaringan ketikaYOUNG LIVERPOOL membelasah SOUTHEND (eh...yeke?) 9-0...perghhh...aku tgk die golkan sume cantek2...teknik2,gaye larian sangat memukau...kebanyakan die score hasil usaha die sendiri...mmg masyuk beb sape yg tgk budak nih men...

last week (eh,last week ke?) mase LIVERPOOL lwn SPARTA PRAHA, KING KENNY bwk die g republik czech untuk perlawanan EUROPA LEAGUE...tapi tak tersenarai...cume bawak je dalam skuad...amek pendedahan...kire ok la tuh...

balik2 dari sane je, td die da gol kan 2 gol lagi mase skuad bawah 18 tahun LIVERPOOL ni lwnSTOKE...kemenangan 4-1...perghhh...mmg hebat la mamat nih...

jz aku harap, 1 ari nanti, die akan jd player yg disegani di BPL...semoga berjaya STERLING(bukan pound sterling k???)





bawah ni diselit2kan gak 9 gol2 yang cantek dr pemain2 muda LIVERPOOL. YNWA!!!






.::WALLAWEEEIIIII::.

adakah bulan januari ni akan munculnya pemain ini di LIVERPOOL??same2 nantikan...harga die lebih kurang 16-20juta je...murahkan??

.:: oh ARDA TURAN ::.

Feb 18, 2011

.::PENAT + LETEH + KECEWE::.

assalamualaikum...tetibe rajin plak pg2 bute ni menghupdate blog ni setelah sekian lame...maaflah sekiranya blog ni tk hupdate2 smpai skarang...ok...sekarang secara rasminya, blog ini secara keseluruhan akan menceritakan berkenaan pasukan kegemaran aku...THE REDS...

start hari ni,aku nak ceritakan perlawanan EUROPA LEAGUE pusingan yang kedua yang menampilkan 32 pasukan terbaik yang baru abis berlangsung pagi tadi...perlawanan antara SPARTA PRAHA vs LIVERPOOL... soo...secara keseluruahan permainan amat2 mengecewakan...bermain seperti dulu semula...tiada idea yang direncanakan 11 orang pemain di tengah padang untuk THE REDS...hasilnya, korang tgk sendiri la statistik kt bwh nih...



soooooo...(bukan men panjang lagi so aku kan??) ape pndapat korang?? NO SHOOT ON GOAL!!!!???WTF!!!??perghhh...men dengan ntah ape2 ntah...leteh kot nak menghadap TV jam 4 pagi nih...skurang2 nye bagi la 1 ON GOAL...ni tak, takde 1 pun keeper die save bola...haiyooo...macam mana nih???tak kan la nak mengharapkan kapten fantastik kite je...kalo die da bersara nanti, mcm ne la korang nak survive...huh!!!penat2!!!amat mengecewakan...tgk TV sambil mencarot2 ngn mmbr2...hahaha...tp ade sedikit reaksi positif la...DANNY WILSON diberi kepercayaan mengemudi bahagian kiri pertahanan THE REDS...amat bagus...tapi yg tak bagus nye dari dulu samapai la sekarang NGOG!!!ngog ngog...sampai bile la ko da jd kebal n keras macam KYRGIAKOS...haiyo...men ngn lemah longlai...hurmmm...penat da membebel...

cukup la utk takat ni je...aku harap pas ni men kt ANFIELD, tak de la belaku men mcm pg nih...kembalinye GERRARD ngn AGGER nnti, pastinye membuahkan hasil yg lbh banyak...harap2 macam tu la...kite pun sedia menanti CARROLL untuk kembali pulih... YNWA!!!