Feb 22, 2011

.::MCAM NI LA BARU HERO SEJATI!!!::.

Luis Suarez mengucapkan ucapan perpisahan yang beremosi kepada pemain Ajax dan para penyokong mereka pada hari Ahad yang lepas.

Pemain baru The Reds bernombor 7 ini adalah tetamu khas pada perlawanan Liga Eredivise di Godenzonen ketika Ajax bertemu VVV Venlo di mana rakan sepasukan lamanya membuat satu penghormatan serta menepuk tangan ditujukan khas kepada dia sebelum perlawanan berlangsung.

Pemain antarabangsa Uruguay ini juga telah dihiburkan dengan montaj yang di sediakan khas untuk dia semasa bermain untuk Ajax dan dipaparkan pada skrin besar di stadium. Ajax juga mengucapkan 'You'll Never Walk Alone' kepada dia.

Tuan rumah kemudian memenangi perlawanan itu dengan jaringan 1-0 dan Suarez dilihat pergi bersama-sama dengan pemain Ajax selepas perlawanan untuk mengucapkan selamat tinggal terakhirnya.

Bercakap dalam akaun Twitter rasmi nya, @ luis16suarez pada pagi Isnin, ia berkata: "Semalam adalah hari yang tak tidak boleh dilupakan oleh saya dan hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua selepas bersama bertahun-tahun yang begitu indah dengan semua Terima kasih Ajax ..!"


.:: salam beb... kite berjumpe lagi ::.

.:: thanks suarez (dalam bahasa belanda) ::.

.:: temuduga ke temuramah?? ::.

.:: bayangkan ni kepala t@#$%s ::.

.:: YNWA!!! ::.


macam ni la baru dikatakan pemain bola sepak yang sejati... YNWA SUAREZ!!!!

4 comments:

  1. kuar secara gentlement, tak siapa nak marah. kuar macam penyangak memang layak kene siku YNWA!

    ReplyDelete
  2. nasib bek siku je, kalo kene terjah, mau jual balik YNWA!

    ReplyDelete
  3. haha.. dah elok2 penyokong sayang die.. tibe2 berubah benci..

    ReplyDelete
  4. nasib bek la tk de yg nk pukul die....hahaha

    ReplyDelete