Feb 26, 2011

.::HATI DA SEMAKIN TENANG::.

alhamdulillah. bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnian Nya dapat la aku menaip post yang terbaru malam nih. hisyyyy. merepek je keje nye. hehehe. ok2. da tak merepek2 lagi da. be a stronmg man. jangan jadi macam dulu, lemah longlai. hahahaha. (tak de kaitan)...

ok lah. bende yang lepas tu lepas je la. jadikan pengajaran. alhamdulillah. aku semakin matang dalam membuat kerja. walaupun umor da lepas 24 nih. cewah. patutnye mase umo 20 atau 21 da semakin matang. ape da. banyak mende yang aku belajar dari cerita dan kesah-kesah dulu. mungkin betol, sekiranya ade jodoh, tak kemana. tapi tak de jodoh, nak wat macam mana. memang bukan rezeki kita kan? hehehehe...

mesti penyokong REDS pelik kan ngan ayat-ayat di atas tu? hehehe... sebenarnya memang ade kaitan ngan kesah THE REDS ni. aku tengok, permainan LUCAS semakin matang. umo die pun same je ngn aku. bangge siot. tapi kene keep hard work lagi. jangan cepat berputus asa. macam ANDY CARROLL, die lebih cepat sembuh dari yang dijangka kan. tak sabar beb nak tgk dia main n bergabong tenaga dengan LUIS SUAREZ.

pasal jodoh plak, mmg jodoh TO#$@S ngan LIVERPOOL tak lama. takat 3 tahun je. takpe la. nak wat macam mana. kite pun da ucap selamat berambos dari idop aku. eh... silap... dari semua penyokong setia THE REDS. memang dulu jatuh, naik, turun, tenggelam nye mamat tuh, penyokong-penyokong THE REDS always berada untuk support dia. tapi dia da kecewakan. memang terguris hati ni sangat-sangat. kecewa yang mendadak. sakit bai... aku dapat rasakan orang yang setia bila di dumb kan. eh... ape la aku merepek nih. maksud aku, bile penyokong setia di abaikan oleh penyangak macam TO#$@S tuh. so sekarang hati aku da mula tenang. sebab tu aku bersyukur sangat-sangat. perumpamaan seperti LELAKI BAIK UNTUK PEREMPUAN BAIK, LELAKI JAHAT UNTUK PEREMPUAN JAHAT. so... maknenye, TO#$@S tu da g tempat yang jahat. maklumla, janji-janji dulu tak ditunaikan. dah la. malas nak merepek lagi dan malas nak ungkit lagi. cukup la peristiwa yang menyakitkan hati aku sehinggakan aku nak buat test pun boleh terganggu. ^__^

fuuuuhhh~~~ayat memang nak supperb je...hahaha..dah2.. cukup la takat ni aku merepek. moga kita berjumpa lagi pada masa yang akan datang. InsyaAllah. bawah ni aku ada sediakan jadual untuk next game pada EUROPA LEAGUE.



p/s : moga ko berbahagia dengan orang yang lebih menyayangi ko lebih lagi. nak tumpang gembira ke? TO#$@S kan... wat pe... banyak yang buat menyakitkan hati dari yang menyedapkan hati. baru tersedar rupenye. ^__^

Feb 25, 2011

.::MEMANG TAK LEH NAK KATE APE LA::.

hurmmm... permainan yang sangat-sangat menakutkan aku... tak pernah begitu banyak perkataan-perkataan yang tidak enak didengari oleh semua orang keluar dari mulut aku pagi nih... mane tidak nye, mamat si lemah longalai DAVID BONGOG wat aku tak sedap mulut je... haizz... lagi sekor, POKSEN... nasib bek la ko dikeluarkan awal... kalo tak, memang tak de score la sampai ke hujung perlawanan... silap-silap, kite yang dibocorkan... tolongla... bile da bagi peluang main kat padang tu, orang semua da percaya kat ko... main la betol-betol... jangan main main-main (haaa...pahamkan sendiri ayat tu ye...)... ntah la... tak tau la aku nak cakap pe lagi... aku rase, semua penyokong REDS da naik muak dengan gaye 2 ketol ni main... cukup la untuk perlawanan malam ni... pas ni, CARROLL ngan GERRARD da kembali pulih, jangan harap la korang nak main lagi... boleh berambus dari ANFIELD kalo tak ada semangat juang bermain macam JOE COLE n KUYT...

yang membimbangkan aku jugak adalah tahap kecederaan yang dialami oleh AGGER...macam teruk je... baru baik, da injured balik...aiseh... risau beb... risau sangat-sangat nih... antara player yang paling perform kat tengah padang selain dari COLE, KUYT ngan MEIRELES... harap-harap ko punye kecederaan tak teruk la ye AGGER... ko kalo bab-bab injured ni memang tak leh kejap-kejap... mesti nak lame-lame... huhuhuhu...

ok la... cukup la takat ni aku mencarot... eh... membebel... penat, sakit dada, sakit badan, sakit mulut aku tengok match tadi... tapi, apa-apa hal WALK ON REDS!!! YNWA!!!

.:: ni statistik match tadi... banyak shoot dari BO-NGOG ::.

Feb 23, 2011

.::HATI KU BETUL-BETUL KECEWA::.

tajuk untuk post kali ni, memang sangat-sangat kecewa... tak tau nak cakap apa... tapi aku redha dengan apa yang terjadi... perghhh... ayat... nak touching2 je... hahahaha... dah-dah la metepek tuh... hailaaaa...

ok2... back pada ayat yang kecewa tu... memang aku sangat kecewa bila dapat berita yang mengatakan KAPTEN FANTASTIK kita STEVEN GERRARD, tidak dapat pulih sepenuhnya menjelang aksi pada pagi jumaat ini ketika pasukan kesayangan kita ni, akan menunggu kehadiran dari pasukan SPARTA PRAHA untuk perlawanan ke-2 EUROPA LEAGUE... mengikut sumber-sumber yang dipercayai, walaupun menyatakan STEVIE G telah pulih, tetapiKING KENNY tidak akan sesekali menjudikan nasib pemain kesayangan kita ini...

KING KERNNY mengatakan kepada laman web rasmi kelab: "STEVEN hampir pulih sedia kala tetapi adakah ianya akan tepat pada masa atau tidak kita masih harus melihat dan meneliti, tapi kami tidak akan membawa seseorang pemain yang masih belum bersedia...

"Sekiranya banyak perlawanan STEVEN akan bermain dan kami akan gembira untuk memiliki dia, saya fikir kita harus berfikir lebih panjang dari satu permainan tetapi jika dia fit dan baik, dia akan datang bermain untuk dipertimbangan seperti semua orang yang lain.

.:: Kapten Fantastik!!! ::.

"DANIEL AGGER sama seperti MARTIN SKRTEL mendapat rehat pada minggu lalu [di pusingan liga yang pertama menentang Sparta], MARTIN KELLY juga mendapat rehat, jadi saya fikir kita harus konsisten dalam pendekatan untuk hal-hal seperti ini dan jika ada keraguan dan masalah sekalipun, jika kita boleh bermain tanpa Steven maka kita akan melakukannya...DANIEL sudah ok sekarang, jadi dia mungkin boleh dipertimbangkan untuk bermain .. "

.:: the power of shooting ::.

.:: ganas tak tatu die tu ::.

.:: pemain muda terbaik pada abad ini ::.

Sementara itu, DALGLISH menegaskan rekod pembelian yang termahal di LIVERPOOL,ANDY CARROLL masih sedang dipertimbangkan untuk tindakan yang selanjutnya tetapi beliau pulih lebih cepat dari jadual dalam pemulihan dari kecederaan peha. "Dia telah melakukan segalanya yang telah diharapkan darinya sampailah saat ini," kata SCOT. "Pakar perubatan dan diri kita di bahagian bola sepak sangat gembira dengan kemajuannya... Dia masih mempunyai sedikit sahaja lagi untuk dipertimbangkan pada perlawanan yang akan datang, tapi dia mungkin sedikit lebih awal dari jadual yang telah ditetapkan untuk kembali pulih..." YNWA!!!!

.:: bile ko nak main ni CARROLL ::.

p\s : Jangan lupa perlawanan MALAYSIA vs PAKISTAN malam ini di stadium Shah Alam... tak pat tengok pasang channel Astro Arena... ^__^

Feb 22, 2011

.::MCAM NI LA BARU HERO SEJATI!!!::.

Luis Suarez mengucapkan ucapan perpisahan yang beremosi kepada pemain Ajax dan para penyokong mereka pada hari Ahad yang lepas.

Pemain baru The Reds bernombor 7 ini adalah tetamu khas pada perlawanan Liga Eredivise di Godenzonen ketika Ajax bertemu VVV Venlo di mana rakan sepasukan lamanya membuat satu penghormatan serta menepuk tangan ditujukan khas kepada dia sebelum perlawanan berlangsung.

Pemain antarabangsa Uruguay ini juga telah dihiburkan dengan montaj yang di sediakan khas untuk dia semasa bermain untuk Ajax dan dipaparkan pada skrin besar di stadium. Ajax juga mengucapkan 'You'll Never Walk Alone' kepada dia.

Tuan rumah kemudian memenangi perlawanan itu dengan jaringan 1-0 dan Suarez dilihat pergi bersama-sama dengan pemain Ajax selepas perlawanan untuk mengucapkan selamat tinggal terakhirnya.

Bercakap dalam akaun Twitter rasmi nya, @ luis16suarez pada pagi Isnin, ia berkata: "Semalam adalah hari yang tak tidak boleh dilupakan oleh saya dan hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua selepas bersama bertahun-tahun yang begitu indah dengan semua Terima kasih Ajax ..!"


.:: salam beb... kite berjumpe lagi ::.

.:: thanks suarez (dalam bahasa belanda) ::.

.:: temuduga ke temuramah?? ::.

.:: bayangkan ni kepala t@#$%s ::.

.:: YNWA!!! ::.


macam ni la baru dikatakan pemain bola sepak yang sejati... YNWA SUAREZ!!!!

Feb 21, 2011

.::KUYT OH KUYT::.

DIRK KUYT telah memberitahu bahawa keinginannya untuk melanjutkan tinggal di LIVERPOOL akan dilanjutkan.

Penyerang Belanda atau lebih dikenali dengan MR.ENERGIZER telah menjelaskan bahawa dia boleh melihat masa depannya di MERSEYSIDE dan sangat-sangat seronok dengan kemajuan yang telah dibuat di bawah Pengurus, KING KENNY.

.:: hehehe...aku tak macam t@#%^s laa ::.

KUYT berkata: "Kontrak saya mempunyai satu musim lagi untuk tamat selepas ini tetapi apa-apa hal boleh terjadi. Kami telah mempunyai beberapa perbincangan dan saya hanya boleh mengatakan terlihat positif ."

"Saya merasakan berada di rumah di LIVERPOOL ini dan saya tidak mahu pergi dari sini."

.:: nak charge battery jap ::.

"Ianya adalah menjadi saat-saat yang sukar bagi semua orang di kelab ini dengan banyak perubahan yang telah berlaku sejak musim panas lalu tetapi sekarang saya dapat merasakan sesuatu yang baik berlaku - saya merasakan LIVERPOOL sedang dalam perjalanan untuk kembali kepada kejayaan."

YNWA!!!

.:: aksi bersama LUIS SUAREZ ::.

Feb 20, 2011

.::BETUL KAH!!!???::.

haizzz...semua tengah sebuk dengan perlawanan2 liga bola sepak, kita pulak sebuk dengan pencarian pemain-pemain baru...tak kurang dengan pemain kita yang diminati oleh pasukan lain seperti pemain muda atau pemain reserve kita ini, NATHAN ECCLESTON...

tapi yang aku terkejutnye kan, rival merseyside kite, everton plak yg nak kan die...david moyes bercadang nak beli die...NE39(nama timangan kat twitter) ni da la player yang bagus...walaupun susuk badan sangat kecil, tapi larian dengan kekentalan die sangat2 la bagus...sayang kalau player ini dijual...tahun ni dia penah 2 kali bermain di EUROPA LEAGUE...tapi jarang bermain di BPL...

harap-harap KING KENNY tau ape yang perlu dilakukan...mudah-mudahan player macam ECCLESTON ni boleh di "develop" dengan lebih terperinci lagi...


.:: ini lah dia ECCLESTON ::.


.:: bek jual player nih... lemah longlai...harap skill je bagus... ::.

.:: follow twitter die yup ::.